Sunday, December 8

cepatnye kau menghukum?

hello yolo!

what are you guys up to? my week was a total hectic! lots of assignments and yes my oral and listening test is tomorrow! i'm so scared to bits and pieces now. i might prolly die of exhaustion and nervousness. mandarin is not my strength yet i hope i can do my best though.

so.... lets see... this time the topic is "cepatnye kau menghukum?" and i might rojak sikit entry kali ni. basically i am not the most religious person on earth and i know that. but i totally have faith in what i believe. there's a scandal about Paul Walker's death recently and the comments that i've read is just omg how should i put this, RIDICULOUS?

aku tahu Paul Walker tu bukan Islam. dan sesungguhnya Allah telah kalamkan dalam Al-Quran sesiapa yang meninggal dalam keadaan bukan beriman iaitu tidak mengucapkan dua kalimah syahadah pasti akan merasa api neraka tetapi jika mereka beragama Islam suatu hari pasti akan masuk ke Syurga. tapi siapa kita untuk menghukum siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk ke neraka? ramai yang tulis comment

1. oh kesian dekat dunia dah terbakar apatah lagi di neraka
2. dia kafir kan confirm laa masuk neraka
3. sebaik mana pun dia, dia tetap kafir, so masuk neraka

and banyak lagi comment yang buat aku hanya mampu geleng kepala. yes, aku faham. korang nak tekankan yang dia tu kafir, takpayah nak sedih sangat dia mati. sebab akhirnya dia masuk neraka jugak. but korang yang comment tu confirm sangat ke masuk ke syurga? hak setiap makhluk Allah untuk masuk ke Syurga atau Neraka hanya mampu ditentukan oleh Allah sahaja. kita sebagai manusia, sedalam mana pun ilmu kita tentang agama kita, kita TAKDE HAK nak tentukan hak Syurga dan Neraka bagi mana mana makhluk sekalipun. Islam adalah agama terbaik tapi kita kena ingat, setiap agama tu datangnya dari Allah S.W.T. jugak. Disampaikan oleh Nabi-Nabi Allah jugak. cuma Islam tu adalah agama yang paling sempurna. Buddha, Hindu dan Kristian adalah agama Allah jugak tapi kurang sempurna. mungkin korang lupa tentang fakta itu.

mana-mana Muslimin sekalipun dia beragama Islam tapi kalau dia tak mengamalkan Islam pun masuk neraka jugak kan? kita takkan tahu. even yang mengamalkan Islam tapi matinya dalam keadaan kafir (tidak mengucapkan kalimah Syahadah) jugak akan masuk ke Neraka. ingat lahh tu weyy. sometimes these comments yang memburukkan agama Islam sebenarnya. dalam Islam kita tak pernah diajar untuk merendahkan apatah lagi menghina mana-mana agama. sebab sesungguhnya semua agama itu datangnya dari Allah. tinggal sempurna atau tidak je. so mohon kepada korang yang nak tunjuk banyak sangat ilmu Islam tu mohon fikir balik ye?

p.s. sekalipun korang seorang yang beriman kepada Allah, tapi kalau niat korang dalam setiap benda yang korang buat tu buruk, tetap tidak menunjukkan korang sebagai seorang Muslimin. dalam kehidupan, niat tu paling penting. kalau niat korang baik, inshaAllah hidup korang akan diredhai-Nya.

walluahualam.

No comments:

Post a Comment